Satu Jalan

Kita amat terpaksa memilih satu jalan saja. Dalam tingkah-laku sejagat
kita, kita tidak mempunyai jalan selain dari jalan yang satu itu. Orang-orang
yang berpendapat bahawa mempunyai pilihan untuk menempuh beberapa
jalan, dan kita boleh menempuh salah satunya, maka mereka ini telah
tersalah dalam memahami logika masa kini, bahasa dunia nyata dan watakwatak
segala sesuatunya.
Kita dipaksa untuk memilih suatu panji-panji yang kita berkumpul
bersama-sama di bawahnya. Kita menggabung kepada sekumpulan bangsabangsa
yang berdiri di bawah panji-panji ini. Kita tidak mempunyai pilihan
untuk berdiri sendiri terpisah dari yang lain, atau masuk ke dalam salah satu
blok, sebagaimana yang difahami oleh beberapa orang yang menyeru kepada
nasionalisme setempat yang sempit, atau kepada suatu nasionalisme Arab
yang terbatas. Untuk itu waktunya sudah lewat, dan hal itu telah menjadi
bekas-bekas abad yang lalu.
“Mode” nasionalisme setempat telah berakhir. “Mode” nasionalisme
yang berdasarkan suatu bangsa tertentu juga telah berakhir. Baik yang
pertama mahupun yang kemudian ini hanya mendapat tempat dalam otakotak
yang sempit dan terbatas, yang tidak dapat mengikuti jiwa logika dan
tuntutan-tuntutan masa kini.
Memang dunia terbahagi ke dalam dua blok yang nyata, sedangkan
blok ketiga terumbang-ambing kerana belum menemukan suatu dasar alami
yang sihat di mana ia harus berdiri. Atau mungkin juga ia telah mengetahui
dasar ini, tetapi ia menghindarinya, atau pura-pura tidak melihatnya. Ia
memang telah melihatnya, lalu setelah itu menuju kepada yang lain.
Kedua blok yang jelas itu adalah Blok Timur dan Blok Barat. Yang
pertama berdasarkan ideologi, sedangkan yang kedua tidak mempunyai
dasar apa-apa selain dari dasar imperialis. Tetapi kedua blok itu berselisih,
memperselisihkan kita. Mereka memperebutkan mangsa, dan mangsa itu
adalah kita. Kedua-duanya ingin untuk mengunyah kita, menelan kita, kita
yang menjadi korban ini. Agar kita ini mudah dikunyah dan ditelan, kita
harus jangan menjadi satu blok. Kita harus tetap menjadi negara-negara kecil
yang menganggap dirinya besar seperti kucing, dan berdiri di bawah
naungan panji-panji nasionalisme yang kerdil.
Orang-orang yang menyeru kita kepada nasionalisme Arab yang kecil,
hanyalah berusaha untuk memudahkan proses mengunyah dan menelan itu
untuk salah satu dari dua blok besar itu, baik Timur mahupun Barat. Tetapi
kita rakyat ini, kita mempunyai pendapat sendiri tentang masalah ini. Kita
tidak mahu dimakan. Kerana itu kita menentang seruan-seruan yang lemah
itu, yang dikemukakan oleh orang-orang upahan atau orang-orang yang telah
ditipu penjajah Timur mahupun Barat.
Kita tahu bahawa kita tidak dapat memilih salah satu dari sekian
banyak jalan. Jalan kita hanya satu, dan kita tidak dapat melarikan diri
daripadanya. Iaitu agar kita menjadi suatu blok yang berdiri sendiri, tidak
terikat dengan roda Barat dan tidak pula terikat dengan roda Timur, kerana
Timur dan Barat itu hanya berkelahi untuk memperebutkan kita, keduanya
ingin untuk menelan kita satu persatu.
Siapakah di antara kita yang dapat menjelaskan bahawa ia bermaksud
untuk berdiri di samping salah satu dari dua blok itu dalam pertentangannya
tentang kita sendiri?
Siapa di antara kita yang dapat menyatakan terus terang bahawa ia
ingin memperkuat salah satu blok dan memberikan kemenangan kepadanya
agar dapat menelan kita?
Marilah kita bicarakan masing-masing blok itu.
Adakah salah seorang dari kita di Mesir, atau di negeri Arab manapun,
atau di negeri Islam manapun, untuk mengajak: Marilah kita memihak
kepada blok penjajah, agar kita berada di bawah telapak kakinya, yang telah
menindas kita di bawah telapak kakinya, di Mesir, Libya, Tunisia, Marakkesy,
Aljazair, Somalia, di Eritrea, Senegal, Palestina Syria, Lebanon, Iraq, Yordania,
Yaman, Hejaz, Teluk Persia dan di Malaya. Semuanya ini tanah Islam.
Semuanya dihisab untuk kepentingan Barat yang berdosa, yang
berkompromi, bersekongkol dan bertolong-tolongan dalam menentang kita.
Kalau rakyat yang berjuang di salah satu negara itu memayahkan penjajah,
maka negara-negara penjajah lain datang membantu temannya yang sedang
tersepit di bawah tekanan rakyat.
Inggeris, Perancis, Itali dan Belanda tidak akan dapat menahan
pukulan palu-palu kemerdekaan di tanah air Islam saja secara sendiri-sendiri.
Mereka dapat bertahan berkat bantuan Amerika dengan dolarnya, kereta
kebal dan pesawat udaranya, persenjataan dan pengaruh antarabangsa. Kita
rakyat mengetahui hakikat ini, walaupun bagaimana juga mekanisme
Amerika di Timur berusaha untuk menyesatkan kita.
Siapakah yang berani mengajak agar kita mengikatkan diri dengan
Blok penjajah ini, dalam keadaan bagaimana juga, agar kita mahu
mengorbankan ratusan ribu para pemuda kita untuk menjadi kayu bakar
dalam peperangan di mana blok penjajah ini berusaha untuk menang, agar
semakin kuat kekang jajahannya atas kita? Orang yang berani melakukan hal
ini dalam keadaan bagaimanapun juga, akan mendapat pembalasan rakyat
yang sudah tidak tahan lagi dijajah. Rakyat ini tidak akan tertipu oleh
pergantian nama dan bentuk penjajahan, juga tidak akan ditipu oleh
bergantinya nama dan bendera orang yang menjajah. Hal itu disebabkan
kerana kesedarannya telah sampai ke tingkat kematangan kerana kobaran
penderitaan, pengorbanan dan pengalaman.
Tidak. Dalam keadaan bagaimana pun juga kita tidak akan mahu
diikatkan kepada roda penjajahan Barat, baik dengan tipuan, mahupun
dengan kekuatan ataupun dengan harta-benda. Walaupun berapa banyaknya
orang-orang upahan yang berusaha melumpuhkan rakyat, maka rakyat ini
sekarang telah bangun, dan celakalah orang yang mengira bahawa ia masih
tidur.
Sedangkan Blok Timur, ada orang-orang tertipu yang kerana ingin
untuk melepaskan diri dan penjajahan dengan cara bagaimanapun juga
menunjukkan pandangannya ke Blok Timur.
Tetapi kita di bahagian dunia yang luas ini, baik yang beragama Islam
mahupun yang beragama Kristian, menolak dengan keras sikap seperti ini.
Kita tidak mahu membeli kebebasan tanah air kita dengan memperbudak
jiwa kita. Kita tidak mahu menjual aqidah kepercayaan kita dengan harga
yang demikian mahal, padahal kita memiliki cara yang lain untuk
membebaskan diri.
Di tanah air ini tidak terdapat seorang Islam mahupun seorang
Kristianpun yang mahu diperintah oleh orang-orang komunis agar mereka
dapat menyembelih orang Islam dan Kristian bersama-sama, sebagaimana
yang dilakukan Rusia dan Cina Komunis di Turkistan Timur dan Barat.
Para penganjur komunisme di tanah air kita yang baik ini sedikit sekali
jumlahnya, mereka akan tetap merupakan minoriti, walaupun apa juga yang
mereka lakukan, walaupun berapa juga bantuan yang mereka terima. Untuk
kita ideologi komunisme itu adalah suatu ideologi yang tidak alami. Tanah
kita tidak siap untuk menumbuhkannya. Kita tidak memerlukannya. Kita
mempunyai suatu ideologi sosial yang jauh lebih maju, jauh lebih adil dan
jauh lebih terhormat untuk kemanusiaan kita, lebih mampu memenuhi
keperluan kita dan keperluan ummat manusia di masa moden ini
dibandingkan dengan ideologj materialistik yang menjadi dasar komunisme.
Kerana itu para penganjur komunisme itu akan tetap sedikit, kerana
dalam lingkungan kita ini, mazhab itu adalah mazhab yang tidak alami.
Mazhab asing yang tidak diperlukan, sedangkan suatu mazhab sosial baru
dapat hidup kalau dalam lingkungannya ia diperlukan.
Ini di samping kenyataan bahawa kita, baik yang Islam mahupun yang
Kristian, tidak mahu pergi ke penyembelihan pembersihan yang diadakan
untuk orang yang mempunyai aqidah keagamaan di negara-negara tirai besi.
Kita ingin kehidupan kerana kita mempunyai kerja dalam kehidupan itu, dan
dalam kehidupan: itu kita mempunyai beban-beban kemanusiaan. Memang
kita bukan pencinta membunuh diri di tempat pembunuhan orang-orang
komunis.
Kerana itu kita harus mempunyai blok untuk diri kita.
Kita tidak mungkin hidup sendiri-sendiri, dalam batas-batas
nasionalisme setempat yang sempit, atau batas-batas nasionalisme Arab yang
sempit. Demikian pula kita tidak mungkin menggabungkan diri kepada salah
satu blok yang sedang memperebutkan kita, yang masing-masingnya ingin
menang agar dapat memakan kita. Kerana itu kita terpaksa memilih jalan
yang ketiga iaitu satu-satunya jalan yang kita miliki, yang kita harus
menempuhnya. Kita harus meninggalkannya di belakang kita para penganjur
nasionalisme setempat yang sempit dan para penganjur nasionalisme Arab
yang sempit. Biarlah mereka menikmati khayalan-khayalan abad-abad yang
lalu, “mode-mode” dunia di abad ke-XVIII dan ke-XIX. Banyak orang yang
tetap berpegang kepada mode-mode lama. Tetapi baik Blok Barat mahupun
Blok Timur, benci kalau kita bersatu di bawah satu panji-panji yang alami.
Dan masing-masingnya mempunyai peralatan-peralatan yang diseludupkan
ke tengah-tengah kita. Kerana itu kita menjauhkan diri dari bendera yang
alami ini, bendera yang mencakup lima ratus juta penduduk Dunia Islam
yang luas dan lebar ini. Kita menjauhkan diri dari bendera ini dan berdiri di
bawah bendera lain yang dibikin-bikin: bendera kelompok Asia-Afrika, di
mana dua anggotanya yang paling besar, iaitu India dan Pakistan, bertarung
dalam masalah Kashmir, dan belum dapat dicapai suatu persetujuan lagi.
Saya tidak dapat mengerti kenapa dan bagaimana dapat berdiri suatu
kesatuan atau kelompok di mana dua anggotanya yang paling besar
bermusuhan.
Blok ini tidak alami, tetapi kedua blok yang memusuhi kita,
mendorong kita ke arahnya, dengan maksud agar kita jangan bersatu dalam
suatu blok yang lebih alami, iaitu bangsa-bangsa yang dipersatukan oleh
aqidah yang satu, sejarah yang satu, kepentingan yang satu, geografi yang
satu, ekonomi yang satu, dan di mana di antara mereka terdapat segala
persyaratan untuk adanya satu blok, tanpa pengecualian. Kenapa? Kerana
berdirinya blok yang alami ini, akan tidak disukai baik Blok Barat mahupun
Blok Timur.
Alasan apakah yang mereka pakai untuk menolak berdirinya blok
yang alami itu di Dunia Islam? Hanya satu alasan. Iaitu adanya golongan
minoriti yang tidak beragama Islam di Dunia Islam itu.
Aneh sekali ! Seakan-akan golongan minoriti itu timbul di saat ini saja
dan tidak pernah hidup selama empat belas abad secara amat mulia di bawah
naungan tanah air Islam itu. Tidak ada tanah air yang demikian hebatnya
menjaga dan melindungi golongan minoritinya seperti tanah air Islam. Tetapi
mereka ingin untuk menimbulkan fitnah di dalam tanah air yang aman
tenteram itu. Tanah air itu tadinya tidak pernah mengenal kefanatikan yang
dibenci itu. Bukan hari ini saja, tetapi dalam seluruh sejarahnya, terutama
ketika hukum Islam yang memerintahnya dari hujung yang satu ke hujung
yang lain. Dunia belum pernah menyaksikan keadilan untuk seluruh manusia
di tanah air manapun dan semua tanah air manusia, seperti yang terdapat di
tanah air Islam yang diperintah oleh hukum Islam.
Alasan ini adalah alasan yang dibuat-buat. Ia tidak dapat berdiri di
depan logika sejarah, di depan tuntutan-tuntutan masa kini. Hanya ada satu
jalan saja yang telah ditakdirkan untuk kita tempuh. Kita harus
menempuhnya. Jadi baiklah kiranya kalau kita tidak berfikir lama-lama.
Sebaiknya kita mengarah secepat mungkin ke arah yang lurus itu. Kalau
tidak begitu kita akan kehilangan waktu kerana melakukan percubaan yang
akan gagal, menentang logika masa dan menentang watak-watak segala
sesuatunya.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s